AYATAWEK.BLOGSPOT.COM
"Semalam member aku si Aminul ni tibe-tibe IM aku haa die mintak idea nak usha awek laa ayat awek laa ape semua pastu aku mane laa nak tahu kan aku pun pakai searh "cara-cara ayat awek" kat google k pastu keluar laa yang ayatawek.blogspot.com ni haha aku pun click laa peh kemain banyak pulak ayat-ayat yang menusuk kalbu, terus aku baca sampai habis and yes ape yang mamat/minah ni taip 100% betul k. So ayat-ayat bawah ni antare ayat yang aku suka and aku copy paste dari blog tuu, hee bacalah!"
- Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain
Betul-betul, aku setuju sangat doh.
Walaupun aku keluar a date dengan laki lain haa tapi Si Dia tetap dihati haha.
Susah bai nak lupakan cinta pertama, ececeh araaa hihi.
- Usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.
Eh tapi kena memilih jugak laa kawan-kawan weh.
K tengok laa abang-abang kite zaman ni. Haaaa ape pun tak boleh kot!
- Akan ada beribu rintangan di hadapan kamu nanti yang sedia menanti. Namun andainya kamu jenis yang berani mati demi mempertahankan cinta, teruskanlah dengan pilihan kamu. Teruskanlah dengan pengorbananmu itu dan rebutlah cinta yang kamu impikan. InsyaAllah, ada cahaya yang menanti dihujung perjalanan kamu kelak
Haha aku rasa aku sanggup berkorban apa sahaje demi cinta sejati aku doh.
Sumpah weh walaupun aku sendiri tak berape nak yakin dengan ape yang aku tulis ni tapi aku rasa aku ni jenis yang macam kat atas tuu hik.
Percaya tak? Nak bet tak? Lai laaa.
- Ikhlaslah bila menerima cinta seseorang yang benar-benar cintakan kita, dan janganlah pula berlebihan mencintai seseorang yang kita belum pasti cintanya untuk kita, dan jangan melebihi cintakan yang lain daripada cinta kita pada yang di "Atas" dan diri kita sendiri
Yeah yeahhhh aku suka ayat atas ni.
Kita jangan over cintakan orang yang tak cinta kita haha malu beb!
Biarlaa orang terhengeh-hengeh kat aku janji aku tak terhengeh-hengeh kat orang.
And yang pasti cinta aku yang betul-betul cinta hanya pada yang "Atas" sana and pada ibuayahabangadik aku.